29 December 2011

Kembara Sejarah 2 : Tragedi Tanjung Kupang

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor. Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan – pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat. Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal. Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan – di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.
Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.


Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Tragedi ini mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.










kawasan tapak pesawat terhempas




novel ini diadaptasi daripada peristiwa tanjung kupang




07 October 2011

Kembara Sejarah 1 : Tragedi Natrah



Post pertama untuk label 'Kembara Sejarah' aku mulakan dgn tajuk ni.


Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia pada 24 mac 1937. Dia diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad pada Disember 1942 ketika berusia 5 tahun. Ibunya Adeline, menyerahkan Natrah kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya, Sjn. Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad merupakan seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura pada 15 November 1945 kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Apabila dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika. Sjn. Adrianus balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya, Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah.
Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan
senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. 19 Ogos 1949, polis Semarang
memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Adrianus pada 12 April 1950.

22 Mei 1950, Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat,Singapura. Natrah kemudian dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim. Beliau menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah.

28 Julai 1950, Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Oleh kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, seorang guru, secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950, Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut
ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama
Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950, Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik. Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM pada 13 Disember 1950. Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah. Apabila Natrah tiba di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda, dia disambut oleh lebih 4000 orang Kristian
Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Adrianus.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952, Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC
Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

Kronologi surat Mansor dan Natrah :

9 Januari 1951 - Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 - Surat 2 daripada Mansor Adabi kepada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 - Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor
Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama
asalnya 'Bertha Hertogh'.

25 Januari 1953 - Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 - Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada
Mansor Adabi.

1954 - Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen.
Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk
Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 - Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 - Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie,
Marjoline, Hands dan Paul.

20 Januari 1959 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah
berkeluarga.

3 Februari 1959 - Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi
tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran
Bergen op Zoom, Belanda.

Kehidupan Natrah selepas itu :-

25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stood Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG
Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika
berusia 70an.

Disember 1979 - Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 - Bertha bercerai dengan Tom Ballermans

1984 - Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin. Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerjasebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.






Novel Atas Nama Cinta yang mengisahkan tentang peristiwa ini.



Dari kiri : Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, Mansor dan M.A Majid


Natrah


Kembara Sejarah : Intro

Salam semua viewer..

Setelah beberapa minggu berfikir..
Aku rasa slot ni agak sesuai kalu aku ltak kt sni..
Mungkin ada yang tau sgt tntang peristiwa2 dalam negara kita ni..
Tapi pastinya ada yang tidak..
So, sama2 la kita melihat kembali peristiwa2 yg telah lama atau baru berlaku dlm negara kita..
Tunggu update pertama dlm 'Kembara Sejarah 1'..

19 April 2011

Kisah Ipin dan Arnabnya

Satu malam di Corner Lot.... Ada seekor arnab tersesat di depan rumah tersebut... Kebetulan Ipin juga berada di depan rumah, apabila ternampak arnab itu, Ipin berlari masuk ke dalam rumah...

Ipin : Kawan-kawan, korang nak arnab tak?

Kawan-kawan : Kat mane pulak ko dapat arnab tu?

Ipin : Ade kat depan rumah la.. cube korang tengok..

Kawan-kawan : Ha, ape lagi, tangkap la.. boleh bela..

Ipin : Jom la pegi tengok..

Ipin berlari ke depan rumah semula, dia berdiri di depan arnab tersebut tanpa melakukan apa-apa.. Belum sempat kawan-kawan keluar, arnab itu berlalu pergi dengan selambanya..

Moral of the story : Apekah...???

28 February 2011

Kasihnya Ibu dan Ayah



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba
menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

10 November 2010

Malunye!!!

Masa : 5.25 p.m
Tempat : Berjaya Megamall, Kuantan.
Situasi : Hari mau hujan.
Mood : Blur...

Kisahnye :

Tengah lpak2 makan kat pizza, tetibe dapat mesej dari member aku, mintak tolong nak pinjam kereta. Aku pun ok je la, sbb die datang dengan motor, slagi ade transport nak balik takde hal la sangat. Tapi aku lupe satu benda penting, member aku 2 bawak skuter dan aku tak pernah langsung bawak menatang 2.. haha..

Dah smpai kat menatang skuter tu, masalah pertama timbul.. "camne aku nk bukak sit skuter ni nak amik helmet?" jenuh aku memikir.. last skali trpakse la call orang yg tau.. dah kena gelak kaw2 dgn mmber aku 2.. adeh...

dah dapat amik helmet, aku pn naik la n start enjin... timbul masalah kedua.. " camne plak aku nk gerakkan menatang ni?" pulas2 minyak tak jalan pun 'beliau'.. skali lagi terpaksa call mmber aku..

"ko pulas je la minyak 2, japg die gerak la!"

"aku da pulas da, tak jalan pun.."

"ko pulas kuat skit bleh tak?"

aku pun pulas la kuat skit, dan 'beliau' akhirnya bergerak juga.. huhuhu..

"tu la, bawak kereta je tau.. dah kene bawak skuter jd bengong.. hahaha" mmber aku gelak lagi..

Nak buat camne.. aku mane la pnah bawak menatang skuter ni.. slalu bawak motor ade gear.. ni takde plak.. haha.. kesimpulannye, semua bnda ada first time la.. jangan la gelakkan aku.. malunye!!!

p/s : aku ada masalah tuk bawak kereta yang gune gear automatik jugak, aku akan atasi masalah ni.. hahaha..

08 November 2010

Layout Baru!!

Akhirnya.. blog ni bertukar wajah jugak.. HAHAHA!!!

31 October 2010

Nasib Badan...

"Bro, masalah ni, duit ko aku xleh dpt ari ni la.."
satu ayat simple je ko bg kt aku lpas ko da kebas duit aku kn... mudah, janji cume tinggal janji.. ko ingat aku ni mesin ATM??? nk duit cari aku.. lpas 2 lesap.. apa pn tak nampak.. dulu ko mintak kt aku RM100, RM 200 aku tak kisah lg.. maybe ko takde duit nk buat blanje.. ok, aku pejam mate je bagi duit tu..

Tapi skang ko makin brani kn?? ye la, aku banyak buat bisnes, duit aku banyak, da kaya da.. setakat RM1,500 takde hal nk bagi punya.. hohoho.. RM1,500 tuk orang yg belum keje macam aku ni ko kate takde hal?? ko pnah tanye ke brape lama aku nk kumpul duit tu?? brape tebal muka aku tahan malu pergi jumpa rmai orang nak jual barang2 yg aku buat?? smpai org ckp "desperate sangat ke bdak ni nk duit?"... Aku pun tau malu la wei!!!

Bro, aku nak ckp depan2 dgn ko aku takut terasa ati plak.. lgpun ko dgn aku adik beradik... tp kalo aku da takleh kawal marah aku ni memang silap bsar la.. ko pn da pnah kena, so aku mintak tolong sangat2.. JANGAN BUAT SAYA MARAH LAGI YE...

Skrg ni ko pkir la balik ape yg ko dh buat kt aku... bukan nk brkira psal duit.. pertalian saudara kita lg penting bro, tp penat lelah aku lbih 3 taun cari duit sndiri mcam tak berbaloi... aku percaya kt ko, aku nk kita sama2 senang tp ni yg ko blas kt aku kn... takpe la, nak buat cmne.. NASIB BADAN...

p/s : kepada orang yang berkenaan, arap ko tau la ape yg ko nak buat lpas ni ye...

04 October 2010

Kerja Gila!

31/09/2010

4.00 p.m : rasa cam nk blik Kedah la plak..

7.45 p.m : beli tiket bas ke Kedah


01/10/2010

8.00 p.m : bertolak ke Kedah


02/10/2010

5.30 a.m : sampai di Kedah n blik kg mak

9.30 a.m : keluar brjalan-jalan di sekitar Penang n Sg. Petani

4.00 p.m : blik kg ayah

6.50 p.m : blik kg mak n bersiap tuk naik bus lg..

8.40 p.m : bertolak blik ke Kuantan


03/10/2010

5.30 a.m : smpai di Kuantan

27 September 2010

Pesanan Dari Seorang Warga Asing

Assalamualaikum... harap anda semua sihat2 belaka ya.. hampir 4 bulan x sempat nk menyiggah blog ni n x update pape.. bkn sbb xde pengembaraan baru, tp masa xde.. byk kerja yg perlu dibereskan dulu.. huhuhu..

Ok, latest update, satu peristiwa yg menyedarkan aku betapa bertuahnya menjadi Anak Malaysia.. masa lebih kurang pkul 10.30mlm, di stesyen minyak Shell brdekatan Taman Gelora... planning awalnye nk pergi minum brsama seorang teman umah, Wafie.. tp on da way nk smpai kdai 2 aku tgk meter minyak da smpai takuk bawah dh, so ktorg pn singgah la kt stesyen minyak 2...

Ade la sorang worker kt situ tegur aku masa aku keluar dr kereta aku...

'Encik, brapa mau isi?' worker 2 tnye aku..

'Sepuluh ringgit..' aku jawab..

'Orait..'

Dia pn tekan la punat2 yg ada kt tempat pam minyak 2 memasukkan jumlah yg aku bgtau td..

'Nanti lepas abih isi, U ltak nozel tu blik ok..' worker tu meninggalkan pesan kt aku smbil pergi kt motor yg bru parking kt pam seblah..

Tak smpai 5 minit, aku da abih isi minyak n letak blik nozel kt tempat asal..

'Sudah abih isi ke encik? cepatnya..' worker tu datang balik kt kereta aku..

'Minyak dh naik 5 sen..' aku menjawab dengan selamba.. worker tu plak terdiam kjap..

'Encik, U punya umur brapa?' worker tu tanya kt aku..

'21..'

'Ini U punya kereta ke?' dia tanya lg..

'Yes, ini kereta saya..'

'Encik, minyak macam ni di Bangladesh lima ringgit seliter.. saya sudah 28 tahun tp tak boleh beli kereta lg.. U baru 21 sudah ada kereta sendiri.. kalau di sini harga minyak sama mcm di Bangladesh, saya rasa belum tentu encik boleh ada kereta macam sekarang..' worker tu menceritakan serba sedikit kehidupan di tempat asalnya.. lpas tu, dia mengangkat tangan dan tersenyum pada aku dan Wafie sambil berlalu pergi ke sebuah kereta yg baru parking kt pam berdekatan..

Timbul satu perasaan bersyukur n menyesal sgt2 dlm diri ni.. so, sama2 la kita muhasabah diri yg sentiasa ada kekurangan ni.. bersyukurlah sebaik mungkin dengan kehidupan yg kita ada sekarang.. walaupn kadang2 kita rasa susah, tp ada orang lain yg lebih susah smpai sanggup merantau ke negara lain hanya tuk cari rezeki..

18 May 2010

haruman SEMERBAK yg memukau!!!

Just go to this link to get free sample!!!!!

http://www.semerbak.net/free/index.php?ref=krauzerz

23 March 2010

Suka-Suki...

video masa Tribute to P. Ramlee Singing competition n Persembahan Penutup Icono de KPTM.. sorry for the low quality... my bad..





Api!!! Api!!!

Oh, dunia sekarang smakin panas!!!! Kenape weh??? Korang xrase panas lagi ke?? Xckup panas lagi ke Bumi kita ni haaa???? Awal2 tahun, ni la yg slalu kite dengar, terbakar sana, terbakar sini.. kau terbakar, aku pn terbakar gak!!! Kejadian yg aku sempat snap kt bawah ni brlaku kt satu kawasan hutan kecil berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan...

Waktu kejadian lbih kurang pukul 9.30 mlm... waktu malam pn blh terbakar sekarang ni... 2 pun ramai lagi yg x sedar dengan global warming yang dunia kita hadapi skarang ni... agak2 la sikit, kita ni bukan ada tempat lain dah nk pergi... smpai bila kita nk buat kerja2 merosakkan bumi ni...

Baru2 ni aku ada tgk national geographic... pasal pencairan ais dekat mane tah... satu kawasan ais yg sangat besar, pas2 tibe2 tbentuk satu tasik yg bleh tahan jugak besarnya kt tengah2 ais 2... dekat satu bahagian tepi ais 2 terbentuk satu sungai yg menghala kt satu lubang yg besar.. that's mean air tasik 2 mencairkan ais kt situ!! air yg msuk kt dalam lubang 2 x ubah macam air terjun.. cube korang bayangkan betapa cepatnya ais 2 cair...

Pulau2 kt dunia ni makin banyak yg hilang dari peta atlas kita, kita plak bkn main sronok lagi duk bakar2, tebang pokok, mmbazir tenaga.. da tebang pokok bukan reti nk tanam balik... bijak punye manusia!!! so, pikir2 la sahabat2 ku sekalian... dunia kita semakin kronik... sekurang-kurangnya sedarkanlah diri kita kalau kita tak mampu nak sedarkan orang lain... sayangilah bumi kita....




trak bomba yg bergegas ke tempat kejadian

jalan raya yg dipenuhi asap...

orang ramai yg berada di tmpat kejadian... (bleh tgk je la...)

api yg smakin marak..


A Tribute to Tan Sri P. Ramlee

Hallo........ wah, lg skali da dkat sbulan tak tulis langsung kt sini.... sori la ye.. intrnet kt umah ni wat hal.. ssh nk online skg ni.. adeh.. so, back 2 our topic, A Tribute to Tan Sri P. Ramlee... organize by Shahputra College.. actually its a singing competition...

Bila dah tema pun tribute untuk seniman negara kita, lagu2 yg dinyanyikan pun smuanya lagu beliau lah... aku mnjadi salah seorang participant untuk pertandingan ni... actually lbih kpd bidan terjun sbb menggantikan peserta asal yg tetibe je kne demam denggi.. sehari seblum pertandingan baru dpt tau..

Agak seksa jugak la nk mnghafal lagu kurang dari 24jam... nk play safe punye pasal, aku pn nyanyi la lagu getaran jiwa... mcm biase la, bile tak biasa msuk prtandingan, darah gmuruh tu menjadi2 la.. huhu.. dengan contestant lain bleh dikatakan hebat2 la jugak.. lagi la menggelabah aku ni...

Aku dapat giliran yg last skali.. so, target aku nk memukau la smua penonton yg datang... naik je stage, bunyi lagu, n aku pn melontarkan suaraku yg lunak ni, hehehe... tepukan yg diterima mmg mmbanggakan, aku brjaya mmbuat pnonton dlm hall 2 senyap sekejap.. Tiba2, tgh best nyanyi 2, aku lupa lirik!!! abih, trus blank.. malu tak payah nk cakap la time tu... mmg muka dh tebal dh.. huhuhu...

Nasib baik la penonton semua happening, diorg tolong sambung balik lirik aku.. hahaha.... nyanyi beramai2 la katakan... juri untuk pertandingan ni adalah Dato' Mustapha Maarof n Dato' Aziz Sattar.. due2 otai kite ni pn sporting abih.. dpt la jugak pujian dari otai2 kite ni.. alhamdulillah..

A Tribute to Tan Sri P.Ramlee.. prtandingan pertama yg aku sertai selepas 4 tahun tak msuk pape pertandingan nyanyian... satu experience baru bile kne menyanyi secara solo kt atas pentas.. thanks a lot to pengiring, Miss Yanie n Mr. Azam krana tlah mmberi kepercayaan kpd aku untuk menunjukkan bakatku... walaupun tlah mengecewakan anda sedikit... next time, i'll do better k!!!



Dato' Aziz Sattar tgh cerita tentang pengalaman bersama P.Ramlee

peserta bersama Miss Yanie

Selepas selesai buat persembahan

Persembahanku yg tak berapa nk menjadi.. adeh...

28 February 2010

Let's Join This Together...

http://www.catcheye.com.my/?r=73840

19 February 2010

Syurga Beli Belah

Hallo.. How are u?? (cam Abg Kassim lak.. haha..), this is my third post 4 this year.. biase la awal2 taun ni.. xbyk sgt jalan2... byk lagi keje nk kne wat... neway, kali ni nk cite psal pe yg aku tlis kt atas nih...

Syurga beli belah.. sape2 yg suke shopping msti tau la ape menatang nih.. baru2 ni aku blik kampung kt kedah (mmg kt situ je pn kampung aku.. huhu) smpena chinese new year nih.. nk dijadikn citer, last day seblum aku blik 2 diorg rmai nk g ke Padang Besar.. pade sape2 yg xtau, Padang Besar ni terletak kt Perlis ye...

Aku pn bile dgr je nk g sne.. trus mengofferkn diri tuk follow skali.. hahaha... dari Gurun, Kedah, perjalanan amik mase lbih kurang 2 jam setengah.. ktorg brtolak pkul 11 pg.. smpai sne lbih kurg pkul 1.30ptg.. smpai je kt sane, kereta sgt byk smpaikn nk cari parking pn susah, kalo kereta pn da byk, bayangkn la bilangan manusia kt situ plak.. da cam pesta dh aku tgk...

Satu peringatan tuk yg 1st time nk pegi sane, Padang Besar ade due ye... satu Malaysia punye, lagi latu Siam a.k.a Thailand punye.. cume dipisahkn oleh pagar besi yg nmpak cam nk msuk ke kwsn kebun je.. huhuhu... so, beware k.. silap msuk nnt x pasal2 korg kne msuk court diorg sbb mnceroboh lak... xdpt la nk tolong.. kalo ade passport xpe..

Balik pade cite kite td.. hohoho.. barang2 kt sane xde la murah mane pn... beza dlm rm10-rm20 dari harge yg biase kite bli kt tmpat lain je... tp, kalo kite amik borong @ sng cite skali bli 2 dlm kuantiti yg byk, mmg leh dpt murah gler.. pade akak2, makcik2, adik2 pmpn.. baju, tudung, accessories mmg byk pilihan kt sne.. rugi kalo xpegi.. bkn nk kate tuk laki xde langsung, tp bg aku xbyk choice la.. huhu...

Neway, Padang Besar is one of the best place la kalo nk shopping... tp tuk shopping besar je.. kalo setakat nk beli sehelai baju, buang mase n duit korg je... so, kalo nk pegi, make sure korg bawak duit banyak2 k... msti pnuh kereta bile nk blik nnt.. hahaha...

05 February 2010

KISH 1 Hati!

Wah, da lbih sebln aku xmenyinggah blog ni... sgt2 sibuk dgn my study n bisnes.. huhuhu... byk prkara yg prlu diberi perhatian lbih dari blog ni.. (sori ye en. blog.. hahaha).. Neway kali ni nk cite skit psal tajuk di atas nun...

Msti rmai yg tnye ape mksud KISH?? da cam ayat hindustan da die pnye bunyi.. haha.. ni la singkatn dr Kem Integriti Satu Hati (KISH) yg dihadiri oleh sume student civil engineering kt kampus aku nih.. satu program tuk menyedarkn bdak2 nih sebenarnye, trmasuk la org yg menulis nih.. sbb sem lpas attendance adalah sgt truk... huhuhu...

Kembara kali ni bkn dgn kereta kancil kesayangan ku, tapi dengan bus kolej.. destinasi, Gunung Senyum, Jengka, Pahang... da la kne brtolak awal pg... pkul 6.30am da chow.. gile pning kpale aku bgn awal sgt.. adeh.. smpai je sne sume muke muram je.. haha.. dlm pale otak msing da pkir pe yg diorg nk wat kt dlm utan belantare nih...

Hmm, neway bleh tahan la tuk 1st day sbb ktorg dpt jalan2 msuk gue kt dlm Gnung Senyum 2.. aku pn xigt bpe byk gue yg ktorg teroka.. tp yg pnting menarik.. aku pn da lme xmsuk gue nih.. haha.. jari aku je yg slalu mnjelajah 'gue2' kt atas nih.. kui3.. activity ok la.. bleh la tahan, yg lain 2 aku consider je la ok.. xde ape yg seronok sgt kecuali msuk gue.. hahaha...





satu-satunye sumber cahaya dlm Gua Terang Bulan.. mmg cam bulan..


di pintu gua...

mendengar taklimat sebelum msuk ke dalam gua...

org2 yg pnah msuk gua... hahaha...

tgh menghayati keindahan gua...

02 January 2010

Happy New Year



Aisey.. rase cam baru je celebrate 2009 nye new year.. due ari lpas g celebrate 2010 plak.. huhuhu.. kjap je mse brlalu.. dan dlm mse yg kite rse kjap 2 la mcm2 yg kite alami.. pengalamn2 yg wat kite happy, sdey, n mcm2 lg la...

Anyway, sume pengalamn 2 mmbantu kite tuk mnjadi seorg insan yg lbih matang... yg baik kite amik, yg xbaik wat la pengajaran supaya x ulang lg skali... k la, nk mengarut byk2 pn xsempat.. byk keje nk kne wat lg nih.. huhuhu... Happy New Year!!!! chow..

09 December 2009

Balik Kampung

Yosh! wassup2??? da lme x update blog nih... last skali mse final ari 2... got so much 2 tell tp nnt dlu la... xsmpat la skg.. still dkt kampung (da 3 mggu kt sni...) ssh sket nk on9... kne g cc.. huhuhu..

Neway, bkn slalu dpt blk kampung kn... mse ni la nk lpaskn rndu kt atuk n nenek trsayang.. hahaha.. (ye2 je...) skrg tgh busy tolong my atuk robohkn rumah die... ade projek kerajaan kt situ... sgt sayang rumah 2, tp nk wat camner... rse cam nk nangis je mse robohkn dinding rumah 2.. sume da tinggal kenangan.. rumah yg da brtapak lbih 30 taun kt situ da ilang...

Hmm... still got 1 week before i go back 2 melaka... hope dpt tolong my atuk setelkan keje die seblum blik sne la... kalo x ksian kt die nk wat keje sorg2... ok, smpai sni dlu kembara blik kampung kali ni (padahal x g kembara mne2 pn.. haha..) kpd yg nk blik kampung, xkisah la naik ape pn.. hati2 la ye... ingatla org yg trsayang...